Amaran ribut petir di Kuala Lumpur, lima negeri - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lima negeri hingga 6 petang pada Rabu. 

MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar).

Amaran itu turut membabitkan Selangor (Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)  dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid). - Bernama 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lima negeri terjejas
  • Cuaca buruk melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor
  • Sabah turut terjejas di kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan
  • Amaran dikeluarkan hingga 6 petang pada Rabu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!