X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: UniSZA bantu ajar sanitasi secara online

Fadzli (berdiri dua dari kanan) melihat Skuad Sabil DUN Batu Rakit membuat bancuhan untuk kerja-kerja sanitasi di sekitar DUN Batu Rakit. Gambar kecil: PROF DR FADZLI ADAM
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif mengadakan kelas online (dalam talian) secara percuma bagi membantu masyarakat memahami dan melakukan sanitasi dengan betul dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Profesor Dr Fadzli Adam berkata, kelas online itu akan dikendalikan oleh pasukan khas universiti berkenaan yang dikenali sebagai Covid Buster.

Menurutnya, buat peringkat permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan jawatankuasa masjid yang banyak membantu melakukan kerja-kerja sanitasi di lokasi tumpuan awam dan masjid.

“Program ini adalah salah satu program komuniti yang kita rancang tapi melalui bentuk latihan. Dalam kelas online ini, kita akan ajar bagaimana tatacara prosedur operasi standard (SOP) sanitasi, di samping melakukan bancuhan sanitasi yang betul.

“Selain kelas online, kita juga akan turun membantu secara ‘hands-on’ agar mereka dapat memahaminya dengan betul dan pasukan Covid Buster kita juga dapat turun sama membantu komuniti,” katanya.

Kata Fadzli, pasukan Covid Buster UniSZA itu diketuai oleh Pusat Pengurusan Makmal Berpusat dengan kerjasama Jawatankuasa Task-Force Covid-19 UniSZA, Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Katanya, seramai 100 kakitangan UniSZA terlibat sama dalam pasukan khas itu yang mana 20 daripada ahlinya aktif turun ke lapangan.

“Sebelum memulakan program ini, kita sudah mendapat latihan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan mengaplikasikannya di kampus kami," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!