Zainal Abidin akui keluar bersama Fyna Jebat

Zainal Abidin
Zainal Abidin
A
A
A

SHAH ALAM - Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui dua individu di kedai makan yang tular dalam video baru-baru ini adalah beliau dan bekas isteri keduanya iaitu penyanyi, Fyna Jebat.

Zainal Abidin berkata, tujuan beliau keluar makan bersama adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat itu bagi menyelesaikan beberapa masalah selepas perceraian.

"Memang itu saya, saya jumpa bekas isteri kedua.

"Kami memang dah berpisah secara damai tetapi makan dan berjumpa untuk menyelesaikan beberapa masalah," katanya menerusi video di Facebook.

Beliau berkata demikian pada program Nindia Bola yang bersiaran menerusi saluran Astro Arena pada Isnin.

Sebelum itu, video tular berkenaan memaparkan Zainal dan Fyna sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Damansara Utama.

Difahamkan, pasangan terbabit berkahwin secara rahsia pada Januari lalu namun rumah tangga mereka hanya bertahan lebih kurang empat bulan dan berita perceraian mula diperkatakan pada awal Mei lalu.

Zainal Abidin telah berkahwin dengan Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan mempunyai tiga orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup tersebut.

Artikel Berkaitan: