20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu dikumpul secara 'online'

Mahathir (kiri) menyampaikan penghargaan kepada penaja Majlis Jamuan Raya Aidilfitri DUN) Jeram di Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.
Mahathir (kiri) menyampaikan penghargaan kepada penaja Majlis Jamuan Raya Aidilfitri DUN) Jeram di Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Sebanyak 20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu telah dikumpul secara dalam talian sejak ia dilancarkan pada Mac lalu.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya berkata, sebanyak 100,000 borang juga telah dikeluarkan secara manual untuk ditandatangani secara terus di seluruh negara kecuali Sarawak.

Menurutnya, proklamasi berkenaan bertujuan untuk menyatukan orang Melayu melangkaui sempadan politik.

"Proklamasi ini sebagai satu daripada sokongan supaya orang Melayu faham apa yang berlaku hari ini.