Suhakam sokong beri vaksin percuma kepada warga asing

Suhakam sambut baik kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO ke arah memastikan program imunisasi yang efektif kepada semua.
Suhakam sambut baik kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO ke arah memastikan program imunisasi yang efektif kepada semua.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik keputusan kerajaan menyediakan vaksin Covid-19 secara percuma termasuk kepada bukan warganegara yang menetap di negara ini.

Suhakam dalam kenyataan pada Isnin berkata, langkah itu merupakan satu pengiktirafan sejajar dengan prinsip anti diskriminasi serta layanan sama rata seperti yang diisytiharkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Menurut Suhakam, akses kepada penjagaan kesihatan merupakan hak asasi yang seharusnya dinikmati oleh semua tanpa mengira status mereka.

“Hak kepada kesihatan merangkumi sebuah sistem perlindungan kesihatan yang memberikan peluang sama rata kepada semua untuk mendapat akses kepada penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada 12 Februari, kerajaan dilaporkan bersetuju Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula pada akhir Februari ini bakal membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Suhakam turut berharap, kerajaan akan merealisasikan keputusan mereka menyediakan vaksin percuma kepada migran tanpa dokumen dan memastikan mereka yang tampil tidak akan ditahan dan didenda kerana tiada dokumen.

“Walaupun kami memahami kuasa undang-undang imigresen menetapkan tangkapan boleh dibuat kepada yang tidak mempunyai dokumen tetapi melihat kepada keadaan mendesak ketika pandemik ini, persekitaran yang selamat amat perlu bagi membolehkan semua orang tampil secara sukarela untuk vaksinasi.

“Dalam hal ini, Suhakam menyambut baik kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) ke arah memastikan program imunisasi yang efektif kepada semua,” katanya.

Artikel Berkaitan: