X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

Elak perjumpaan besar-besaran pada Tahun Baharu Cina

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Dr Noor Hisham dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata, walaupun situasi Covid-19 di negara ini beransur baik, perjumpaan besar boleh menyebabkan peningkatan kes.

“Covid-19 sekali lagi menahan diri kita daripada menyambut satu lagi perayaan dan perjumpaan semasa Tahun Baru Cina ini.

“Sama ada kita melakukannya atau memutuskannya semasa perayaan ini bagi mengawal situasi. Tanggungjawab terletak pada bahu semua orang,” katanya.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan mereka yang menyambut perayaan itu supaya berada di rumah dan meraikannya bersama ahli keluarga, dan paling penting melindungi ahli keluarga yang rentan.

“Semoga Tuhan membimbing dan melindungi kita untuk menamatkan pandemik ini pada waktunya. Insya-Allah, semoga tahun lembu emas ini membawa kekuatan kepada kita untuk berhadapan dan mengatasi setiap kesukaran yang dilalui. Selamat Tahun Baru Cina,” katanya.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina esok (Jumaat) dan Sabtu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, sama seperti sambutan Aidilfitri dan Deepavali tahun lepas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!