X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

Pengisian borang permohonan BPR percuma: LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut LHDN dalam kenyataan pada Isnin, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan permohonan BPR, orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BPR LHDN Malaysia 1-800-88-2747; HASiL Live Chat; dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!