LZS bantu tujuh beradik makan mi segera setiap hari

Pegawai LZS menyampaikan bantuan bagi mengurangkan beban ditanggung tujuh beradik yang hilang tempat bergantung selepas kematian ibunya. - FOTO FB LZS
Pegawai LZS menyampaikan bantuan bagi mengurangkan beban ditanggung tujuh beradik yang hilang tempat bergantung selepas kematian ibunya. - FOTO FB LZS
A
A
A

KAJANG - Kesukaran hidup tujuh beradik yang mengalas perut dengan menjadikan mi segera sebagai makanan harian telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS)

LZS memaklumkan, Skuad Saidina Umar (SSU) dan Pegawai Operasi Daerah Hulu Langat Zakat Selangor menerima maklumat berhubung nasib adik- beradik itu selepas mereka kematian ibu yang menjadi satu-satunya tempat bergantung.

Menurutnya, LZS kemudian ke rumah didiami tujuh beradik berkenaan dan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan.

Katanya, maklumat diterima mendapati seorang kakak berusia 25 tahun terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan menjaga enam adiknya setelah kematian ibu mereka.

“Wanita itu bekerja bekerja dengan pendapatan RM 1,500 sebulan manakala seorang lagi adiknya bekerja dengan pendapatan RM 1,000 sebulan.

“Itulah sumber pendapatan mereka untuk membayar sewa rumah dan menyara adik-adik mereka. Mi segera menjadi juadah harian keluarga ini,” katanya dalam satu kenyataan.

LZS memaklumkan, hasil bancian haddul kifayah, keluarga tersebut didapati layak didaftarkan sebagai asnaf.

Tambahnya, mereka akan menerima bantuan kewangan bulanan, makanan bulanan dan pendidikan untuk yang masih bersekolah.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, masalah adik-beradik berkenaan dapat diselesaikan hasil kerjasama dengan masyarakat yang memberi maklumat dengan tepat melalui saluran yang betul.

“Pihak zakat (LZS) bukan sahaja dapat mengesan asnaf malah membantu mereka secepat mungkin.

"Semoga ALLAH memudahkan keluarga ini dan anak-anak ini menjadi keluarga yang hebat suatu hari nanti,” katanya.