Lebih 6,000 pekerja warga asing positif Covid-19

Seramai 305,620 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 1 Disember 2020 yang lalu. - Foto Bernama
Seramai 305,620 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 1 Disember 2020 yang lalu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 305,620 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 1 Disember lalu hingga semalam (Jumaat) dengan 6,028 orang didapati positif jangkitan virus itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebanyak 13,202 majikan telah menghantar pekerja mereka menjalani ujian itu yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas pekerja asing.

“Semalam, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 8,717 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dengan 299 daripadanya positif.

“Hingga kini juga, 1,264 klinik terlibat dengan program saringan ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Sabtu.

Bermula 1 Februari 2021, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluuh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kos ditanggung majikan masing-masing.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, sejak 20 April lepas, anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan 15,036 pemeriksaan melibatkan 8,549 tapak pembinaan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: