X

Kindly register in order to view this article
!

Penjualan Rusa Bintik tidak tertakluk di bawah Akta 716: Perhilitan

Abdul Kadir
A
A

KUALA LUMPUR - Penjualan rusa bintik oleh Zoo Negara kepada syarikat swasta mengikut prosedur ditetapkan dan tidak tertakluk di bawah Akta 716.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Zoo Negara beroperasi sebagai entiti perniagaan yang diuruskan oleh Malaysian Zoological Society (MZS) dan telah diberikan permit pengendalian zoo di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] oleh pihaknya.

"Rusa Bintik adalah spesies hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta 716. Oleh itu, penjualan Rusa Bintik oleh Zoo Negara tidak tertakluk kepada akta itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengadakan mesyuarat bersama Zoo Negara pada Rabu lalu bagi membincangkan perkara berkenaan dan dimaklumkan penjualan rusa bintik merupakan sebahagian daripada pengurusan stok yang dilaksanakan memandangkan stok sedia ada sebanyak lebih 50 ekor melebihi keperluan.

Katanya, langkah itu juga dapat mengoptimumkan kos pengurusan terutama dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19.

"Pada masa sama, bagi membantu meringankan beban Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) termasuk Zoo Negara yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah memberikan diskaun bil elektrik 10 peratus bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021," katanya.

Terdahulu, sebuah portal akhbar tempatan pada 4 Februari melaporkan mengenai penjualan rusa bintik (rusa Axis) oleh Zoo Negara kepada syarikat swasta yang dikatakan tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!