X

Kindly register in order to view this article
!

'Liverpool perlu fokus empat tempat terbaik'

CARRAGHER
A
A

LIVERPOOL tidak boleh lagi memikirkan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebaliknya hanya perlu fokus untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher berkata, misi berada dalam kelompok empat terbaik adalah lebih relevan ketika ini sekiranya dilihat kepada prestasi semasa skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

"Andy Robertson (pertahanan Liverpool) telah berkata bahawa pasukan itu tidak lagi mampu untuk mempertahankan piala EPL. Saya rasa itu betul dan perkara yang perlu difikirkan pasukan ketika ini.

"Liverpool perlu melihat kepada kedudukan empat terbaik dan mengambil perlawanan demi perlawanan kerana prestasi mereka pada ketika ini sangat teruk.Terdapat begitu banyak perubahan pada pasukan sehingga anda tidak begitu yakin dengan keadaannya.

"Jadi saya rasa mulai sekarang, jika anda menawarkan Liverpool di kedudukan empat teratas, mereka akan mengambilnya dan mengejarnya. Itu harus menjadi corak pemikiran bagi Liverpool kerana itulah yang mereka inginkan saat ini.

"Sekiranya mereka mahu kembali mengejar kejuaraan EPL, mereka perlu menewaskan Manchester City dan anda mungkin dapat melihat di mana mereka berada dengan tujuh atau lapan perlawanan lagi," katanya.

The Reds ketika ini berada dalam prestasi tidak menentu selepas tewas kepada Brighton pada Khamis selain turut diaibkan Burnley pada Jumaat lalu.

Liverpool bakal berhadapan pendahulu liga, City di Anfield pada Isnin ini yang bakal menjadi penentu kepada peluang pasukan itu untuk mempertahankan kejuaraan EPL.

"City ketika ini berada pada tahap berbeza dan mereka seperti sukar dikalahkan. Tetapi, saya percaya Liverpool boleh melakukan sesuatu. Mereka (Liverpool) akan sedikit berbeza berbanding ketika turun menentang Brighton.

"Kepulangan semula beberapa pemain seperti Sadio Mane dan Fabinho mungkin memberikan impak berbeza kepada pasukan. Namun, jika Liverpool tewas ketika berdepan City, saya boleh katakan mereka perlu lupakan kejuaraan EPL," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!