Kompaun tidak memakai pelitup muka paling tinggi di KLIA

Imran (tiga dari kiri) turun padang melawat anggota yang bertugas di sekatan jalan raya ketika PKP di sekitar KLIA.
Imran (tiga dari kiri) turun padang melawat anggota yang bertugas di sekatan jalan raya ketika PKP di sekitar KLIA.
A
A
A

SEPANG - Polis mengeluarkan kompaun terhadap 88 individu sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac tahun lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 69 kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

"Bagi kesalahan rentas daerah dan negeri pula mencatatkan lima kes dan selebihnya ialah kesalahan tiada penjarakan sosial, menaiki kenderaan melebihi had selain tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.

"Saya meminta masyarakat supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang pandemik Covid-19 daripada terus meningkat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, masyarakat perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga diri dan orang lain.

Imran (kanan) turut serta bersama anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di sekitar KLIA.
Imran (kanan) turut serta bersama anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di sekitar KLIA.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya melihat kerjasama masyarakat adalah baik dengan anggaran sebanyak 95 peratus kepatuhan.

"Kita tidak suka-suka untuk mengeluarkan kompaun kepada orang ramai. Tapi sekiranya degil, kita akan laksanakan juga untuk memastikan keselamatan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA melaksanakan tiga sekatan jalan raya di sekitar daerah itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.