'Adik tak banyak kerenah'

Norlida (tengah) bersama dua orang anaknya menunjukkan gambar kenangan bersama Adik ketika ditemui di Taman Seri Jati, Batu Berendam pada Sabtu.
Norlida (tengah) bersama dua orang anaknya menunjukkan gambar kenangan bersama Adik ketika ditemui di Taman Seri Jati, Batu Berendam pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita tidak menyangka anak angkat yang diserahkan semula kepada ibu kandungnya tiga bulan lalu meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini pada Jumaat.

Mengimbau kembali detik pertama menerima anak angkatnya yang mesra di panggil Adik, Norlida Abu Hassan, 50, berkata, tujuh tahun lalu dia bekerja di Rompin, Pahang sebelum dimaklumkan oleh salah seorang anaknya mengenai seorang pekerja kolej perempuan di negeri itu yang terpaksa menumpangkan bayinya di surau kolej.

Menurutnya, mendengar cerita itu hatinya sebak dan berbesar hati untuk menerima kehadiran orang baharu, biarpun bukan ada pertalian darah namun mengenangkan nasib si anak yang berusia dua bulan yang terpaksa menghadapi kesukaran untuk hidup, dia bersetuju menerima insan istimewa itu.

Norlida sedih mengenangkan nasib yang terpaksa dilalui anak angkatnya yang mesra dipanggil Adik.
Norlida sedih mengenangkan nasib yang terpaksa dilalui anak angkatnya yang mesra dipanggil Adik.

"Kejadian itu berlaku pada tahun 2014. Anak saya dan wanita itu datang dari Melaka ke Pahang dengan menaiki bas untuk menyerahkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan dalam jagaan saya," katanya ketika di temui di Taman Seri Jati, Batu Berendam, di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia pada petang Jumaat selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Artikel Berkaitan:

Norlida berkata, dia dan suami menganggap kehadiran insan baharu dalam keluarganya adalah rezeki ALLAH SWT yang tidak pernah disangka dan menatangnya bagai minyak yang penuh sehinggalah Adik diambil semula oleh ibu kandungnya ketika berusia enam tahun pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, bermula sejak itu dia sukar untuk berhubung dengan Adik dan dalam tempoh tiga bulan beberapa kali sahaja dapat berjumpa Adik itu pun apabila dibawa oleh bapa tirinya secara senyap-senyap ke Rawang, Selangor.

Bapa angkat, Md Tarmidi Yaacob, 52, menunjukkan gambar kenangan mereka sekeluarga bersama Adik ketika hari raya tahun lalu.
Bapa angkat, Md Tarmidi Yaacob, 52, menunjukkan gambar kenangan mereka sekeluarga bersama Adik ketika hari raya tahun lalu.

"Kebetulan lelaki itu ada menghantar sayur di Rawang, jadi dia bawa saya berjumpa dengan Adik, dan Adik kata dia rindu umi (saya), semua dia rindu tapi dia kena tinggal dengan mama (mak kandung).

"Jadi bila saya dapat tahu pemergiannya dalam keadaan seperti itu memang saya tak dapat bayangkan betapa seksa jiwa raganya, kerana selalunya kalau dia sakit sedikit pun dia akan mengadu pada saya," katanya sambil menyeka air mata.

Bercerita lanjut, Norlida berkata, dia kesal apabila tidak dapat mempertahankan anak angkatnya itu, namun dia tidak sanggup menidakkan hak ibu kandung ke atasnya.

Menurutnya, arwah Adik bukan sahaja seorang anak yang baik dan bijak malah tidak banyak kerenah dan menyenangkan keluarga selain pandai menghafal surah Al-Mulk.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari