X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Kenderaan yang membawa kedua-dua suspek ke Mahkamah Ayer Keroh untuk permohonan reman.
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari sehingga 5 Februari depan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati dalam tong air disyaki didera di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini pada petang Jumaat.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.20 pagi selepas ditahan di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada Jumaat, kanak-kanak berkenaan, ditemukan lemas dalam tong air di rumah tersebut dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, Bilik Gerakan ( DCC ) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bahawa anaknya telah mati lemas dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak lelaki itu terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badannya.

"Berikutan itu polis menahan ibu dan bapa tirinya masing-masing berusia 32 dan 38 tahun, " katanya.

Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.
Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!