Maahad Tahfiz Ehsaniyyah perlu dana bina surau

Gambar lakaran cadangan pembinaan surau Maahad Tahfiz Ehsaniyyah Parit 10, Pasir Panjang di Sekinchan.
Gambar lakaran cadangan pembinaan surau Maahad Tahfiz Ehsaniyyah Parit 10, Pasir Panjang di Sekinchan.
A
A
A

SEKINCHAN - [DIKEMASKINI] Maahad Tahfiz Ehsaniyyah Parit 10, Pasir Panjang di sini memerlukan sumbangan dana sebanyak RM140,000 daripada orang ramai bagi pembinaan sebuah surau sejak maahad itu beroperasi tiga tahun lalu.

Pengetuanya, Muhammad Azraie Suparman berkata, surau yang bakal dibina itu dijangka boleh menampung hampir 100 jemaah dalam satu masa.

Pada masa ini, katanya, maahad berkenaan terpaksa menggunakan kelas yang diubah suai menjadi surau untuk menjalankan program keagamaan sekolah.

"Pada masa ini, kita mempunyai seramai 24 pelajar. Jumlah itu dijangka meningkat sehingga 60 pelajar dan keperluan sebuah surau selesa dan kondusif amat diperlukan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Muhammad Azraie berkata, beliau berharap dengan wakaf pembinaan dilancarkan baru-baru ini, jumlah yang diperlukan mencukupi bagi pembinaan rumah ibadah tersebut.

Malah, katanya, pihaknya turut bercadang mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan bukan sahaja membabitkan pelajar maahad itu tetapi turut melibatkan penduduk berhampiran.

"Dengan adanya surau ini nanti pelbagai aktiviti pengimarahan dapat dilakukan seperti bacaan yasin, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul dan pengajian umum," katanya.

Beliau berkata, maahad berkenaan ketika ini melaksanakan pengajaran tahfiz dan kitab diniah sepenuh masa.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 12056010037527 (Bank Islam) atau menghubungi Muhammad Azraie di talian 017-6512779.