Mesin jahit antik koleksi terbaharu Muzium Mersing

Mesin jahit antik berusia lebih 40 tahun bakal menjadi koleksi terbaharu Muzium Mersing, yang turut menyimpan pelbagai artifak sejak dirasmikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Mei 2016.
Mesin jahit antik berusia lebih 40 tahun bakal menjadi koleksi terbaharu Muzium Mersing, yang turut menyimpan pelbagai artifak sejak dirasmikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Mei 2016.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mesin jahit antik berusia lebih 40 tahun bakal menjadi koleksi terbaharu Muzium Mersing, yang turut menyimpan pelbagai artifak sejak dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Mei 2016.

Menurut catatan di Facebook rasmi baginda pada Ahad, Sultan Ibrahim telah bertitah supaya mesin jahit tersebut ditempatkan di muzium berkenaan untuk dipamerkan kepada pengunjung.

Mesin jahit antik milik wanita berusia 90 tahun itu dipersembahkan oleh anak wanita terbabit, Choo Ming Hooi, 62, kepada baginda di Istana Flintstones pada Sabtu.

Baginda juga telah meluangkan masa meneliti mesin jahit antik tersebut.

“Saya amat menghargai kesungguhan pemiliknya yang mahu menunjukkan mesin jahit antik itu kepada saya.

“Mesin itu sudah tidak lagi digunakan kata pemiliknya, kerana ia sebuah barangan antik maka boleh disimpan di Muzium,” titah baginda menerusi hantaran itu.

Sementara itu, Ming Hooi yang menetap di Mersing berkata, mesin jahit antik tersebut dipersembahkan kepada baginda yang diketahui amat gemar mengumpul barangan antik, dan turut mempunyai pelbagai simpanan koleksi, setelah dinasihati oleh seorang rakan karibnya.

“Pada mulanya, saya bercadang untuk membuang sahaja mesin jahit itu kerana tidak berfungsi serta tidak lagi digunakan oleh ibu.

Artikel Berkaitan:

“Namun, seorang rakan karib memberitahu bahawa mesin jahit ini sangat antik dan turut berpeluang untuk menunjukkan barangan itu kepada Sultan Johor,” katanya. - Bernama