X

Kindly register in order to view this article
!

CAC klasifikasi tahap pesakit, termasuk kelulusan rawatan di rumah

Dr Adham
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang ditubuhkan di seluruh negara akan mengklasifikasi tahap pesakit untuk menentukan tindakan seterusnya dalam menguruskan mereka termasuk kelulusan rawatan di rumah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, secara amnya terdapat satu CAC di setiap satu daerah namun ada kemungkinan wujudnya dua atau lebih CAC bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan di kawasan itu.

"CAC berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah termasuk pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk dan petugas akan memantau dan menilainya menggunakan Home Assessment Tool (HAT)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Selain itu, Dr Adham berkata, CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau hospital iaitu pesakit kategori satu dan dua yang tidak sesuai untuk ditempatkan di rumah.

Setiap CAC, katanya, diketuai seorang penyelaras di peringkat daerah dan orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang akan dinyatakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi pelbagai peringkat dan saluran akan memaklumkan langkah-langkah seterusnya yang mesti dipatuhi dan diamalkan oleh pesakit sepanjang tempoh rawatan di rumah," katanya.

Dr Adham memaklumkan, sehingga kini sebanyak 213 CAC telah ditubuhkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu Sarawak memiliki 40 CAC, Pulau Pinang (30), Sabah (25), Selangor (19), Kelantan (14) dan 13 di Terengganu.

Selain itu, masing-masing 11 di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang, Johor (10), Negeri Sembilan (7), masing-masing lima di Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala satu di Labuan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 213 Pusat Penilaian Covid-19 ditubuhkan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!