Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat

Laporan Sinar Harian mengenai perkongsian SPJM berhubung kematian Dr Ali pada Selasa yang dikatakan jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih.
Laporan Sinar Harian mengenai perkongsian SPJM berhubung kematian Dr Ali pada Selasa yang dikatakan jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih.
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI} Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

"Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, Dr Ali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

"Allahyarham Dr Ali telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (Isnin). Takziah buat ahli keluarganya," katanya.

Menyifatkan Dr Ali sebagai pegawai perubatan yang amat disenangi oleh rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat, beliau menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes kematian itu bagi menghormati jenazah dan ahli keluarga.

"Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya.

Terdahulu, kematian Dr Ali menjadi tumpuan warganet selepas Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) melaporkan kematian doktor itu yang juga ahli SPJM disebabkan beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
Artikel Berkaitan:


Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

ARTIKEL BERKAITAN: Gugurnya perwira di 'medan perang' Covid-19