X

Kindly register in order to view this article
!

Bulan Sabit Merah UAE bantu mangsa banjir di Pahang

Wan Rosdy meraikan wakil deligasi Bulan Sabit Merah UAE pada majlis di sebuah hotel di sini, malam pada Selasa. Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Besatu (UAE) turut serta membantu mangsa banjir di Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan bantuan dari negara itu terutama dalam usaha membantu mangsa banjir di seluruh daerah yang terjejas.

Menurutnya, bantuan seumpama itu kali pertama diterima dan ia amat membantu kerajaan negeri bagi meringankan beban mangsa kali ini.

“Kehadiran wakil UAE bersama bantuan ini sangat dihargai dan saya berharap hubungan baik antara Kerajaan Pahang dan UAE akan berterusan dari masa ke masa,” katanya seperti dilaporkan Unit Komunikasi dan Media Pahang (Ukomp).

Beliau berkata demikian selepas meraikan kunjungan wakil Bulan Sabit Merah UAE di Hotel Zenith, di sini, pada malam Selasa.

Menurut laporan itu lagi, Ketua Delegasi yang juga Pengarah Program Bantuan, Mohammad Aljunaibi dilaporkan berkata, pihaknya akan melawat lapan daerah terlibat banjir di Pahang dengan membawa pelbagai bantuan termasuk keperluan barangan makanan, tilam dan selimut.

“Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat dan peringkat awal ini kami akan mengagihkan bantuan makanan, tilam dan selimut kepada 7,000 keluarga yang menjadi mangsa banjir di samping mengenal pasti keperluan lain yang diperlukan mangsa.

“Peringkat bantuan seterusnya akan diberikan mengikut keperluan mangsa banjir yang telah dikenalpasti pada peringkat pertama ini,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!