'Kami hanya perlu bayar mas kahwin saja'

Dr Asmadi (tengah) bersama 13 pasangan pengantin dari mualaf Orang Asli bergambar pada Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Muslim Orang Asli Daerah Kuantan di sebuah dewan di Jaya Gading di sini pada Sabtu. Foto Sinar Harian

A
A
A

KUANTAN – Kekangan kewangan tidak lagi menjadi penghalang kepada 13 pasangan pengantin Orang Asli di daerah ini untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati masing-masing.

Impian itu menjadi kenyataan susulan inisiatif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang menaja sepenuhnya majlis perkahwinan mereka melalui Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Muslim Orang Asli Daerah Kuantan.

Bagi pengantin lelaki, Izzat Mohd Zaki, 22, peluang tersebut dianggap satu rahmat selepas pernah berdepan kesukaran hidup akibat tidak mempunyai pekerjaan tetap ketika mula mengenali isterinya, Fara Abdullah, 19, beberapa tahun lalu.

“Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pekerjaan tetap dan apabila berhasrat untuk mendirikan rumah tangga, MUIP menanggung semua kos melalui program ini.

“Saya hanya perlu membayar mas kahwin sahaja, manakala urusan selebihnya dikendalikan sepenuhnya oleh pihak MUIP dan ini banyak memudahkan urusan kami,” katanya yang berasal dari suku kaum Semelai.

Izzat bersama pasangannya Fara merakam gambar kenangan bersama keluarga pada Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Muslim Orang Asli Daerah Kuantan di sebuah dewan di Jaya Gading di sini pada Sabtu. Foto Sinar Harian

Seramai 13 pasangan saudara Muslim diraikan dalam majlis walimatul urus yang diadakan di sebuah dewan di Jaya Gading di sini.

Program perkahwinan beramai-ramai yang bermula seawal jam 10 pagi itu dikendalikan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan melalui upacara akad nikah, sebelum disusuli majlis resepsi pada sebelah tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

Seorang lagi pengantin lelaki dari suku kaum Jakun, Naqib Arsyad Yusdi, 21, menyifatkan program berkenaan sebagai inisiatif murni yang banyak membantu pasangan muda memulakan kehidupan berumah tangga dengan lebih lancar.

“Wang mas kahwin menggunakan peruntukan sendiri, namun jamuan makan serta persiapan lain diuruskan oleh pihak MUIP.

Naqib bersama cinta hatinya, Nurul Fatiah selamat melangsungkan perkahwinan menerusi Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Muslim Orang Asli Daerah Kuantan di sebuah dewan di Jaya Gading di sini pada Sabtu. Foto Sinar Harian

“Saya sangat berterima kasih kerana mereka sanggup menganjurkan majlis seindah ini untuk masyarakat Orang Asli,” ujarnya dengan nada gembira.

Menurut Naqib, maklumat mengenai program itu diperoleh melalui penggerak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebelum dia mengambil keputusan untuk menyertainya.

“Saya terus mendaftar dan alhamdulillah rezeki kami terpilih,” katanya yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nurul Fatiah Farid, 20.

Sementara itu, Dr Asmadi memaklumkan MUIP memperuntukkan dana zakat berjumlah RM60,000 bagi menaja keseluruhan majlis perkahwinan tersebut melibatkan 13 pasangan mualaf Orang Asli.

Menurutnya, tajaan itu merangkumi persiapan lengkap termasuk pakaian pengantin, tempahan dewan, hidangan makanan serta perkhidmatan jurugambar.

“Melalui skim ini, pasangan hanya perlu membayar mas kahwin sebanyak RM100 kepada pasangan masing-masing manakala kos selebihnya ditanggung MUIP,” katanya.

Dr Asmadi menyampaikan ucapan pada Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Muslim Orang Asli Daerah Kuantan pada Sabtu. Foto Sinar Harian
Dr Asmadi menyampaikan ucapan pada Program Walimatul Urus dan Nikah Perdana Saudara Muslim Orang Asli Daerah Kuantan pada Sabtu. Foto Sinar Harian

Beliau berkata, kesemua pasangan yang diraikan berasal dari empat perkampungan Orang Asli sekitar daerah ini iaitu Kampung Orang Asli Sungai Mas, Sungai Soi, Gedung Siam dan Paya Bungor.

Dalam pada itu, Dr Asmadi memaklumkan, MUIP dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pahang Barat merancang menganjurkan kursus susulan bagi memantapkan institusi kekeluargaan pasangan terbabit.

“Kursus itu memberi penekanan kepada modul keibubapaan sebagai persediaan awal dalam mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak mengikut acuan Islam.

“Langkah ini penting bagi memastikan mereka mampu membina keluarga yang sejahtera serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan syiar Islam,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!