Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

SHAH ALAM - Seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dengan sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan segera.
"Ya kejadian berlaku, kenyataan media awal akan dikeluarkan untuk pengesahan dan keadaan mangsa stabil,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kekecohan di sebuah sekolah apabila seorang wanita berpakaian serba hitam sedang memegang sebilah pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah berkenaan. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah
Kes tikam pelajar: Suasana sekolah tenang
Pelajar ditikam: 'Anak saya bukan sasaran, kebetulan berada berhampiran suspek' - Bapa
Fadhlina tinjau lokasi kejadian pelajar ditikam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
