X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

SOP PKP lebih terperinci diumumkan Selasa

Ismail Sabri - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumumkan pada Selasa, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri menerusi kenyataan akhbar perkembangan PKP dan PKP Pemulihan pada Isnin berkata, perkara tersebut bakal diumumkan dalam sidang akhbar hariannya pada 5 petang Selasa.

“Pada masa sama, kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kerja Raya juga, akan mengumumkan SOP yang berkaitan mengikut kementerian masing-masing,” katanya.

Sementara itu, tidak memakai pelitup muka menjadi kesalahan tertinggi ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) direkodkan semalam dengan 173 individu ditahan atas kesalahan itu.

Beliau berkata, secara keseluruhan, seramai 572 individu ditahan pada Ahad termasuk seorang direman dan daripada jumlah itu 157 atas kesalahan aktiviti pusat hiburan, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (115), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (115) dan lain-lain (12).

Ismail Sabri memaklumkan, pihak berkuasa turut menahan 16 pendatang tanpa izin serta merampas tiga kenderaan darat dalam Ops Benteng pada Ahad.

Sementara itu, sejak 24 Julai 2020 hingga Ahad, seramai 102,642 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dengan 8,375 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beberapa kawasan iaitu Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat, Kota Bharu di Kelantan dan Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan, Ranau di Sabah pada Isnin seperti yang dijadualkan.

Penamatan intu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, bagi PKPD di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) serta kuarters kakitangan di Taiping, Perak ditamatkan pada 12 Januari seperti dijadualkan.

Bagaimanapun, ini tidak termasuk blok penempatan OKT di Pusat Transit Penerimaan (PTP) melibatkan Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya dan Blok Abadi (PKRC), yang mana PKPD di blok-blok penempatan ini dilanjutkan sehingga 26 Januari. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!