RBO@KPLB pasar produk tempatan

Abd Latiff melawat premis pada program Walkabaout dan Pelancaran Premis Program RBO@KPLB di Anggerik Mall, Shah Alam pada Khamis.
Abd Latiff melawat premis pada program Walkabaout dan Pelancaran Premis Program RBO@KPLB di Anggerik Mall, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

PROGRAM Rural Business Outlet (RBO@KPLB) dijangka mampu menjadi pusat sehenti kepada usahawan luar bandar untuk mengetengahkan produk mereka ke pasaran komersial.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, RBO@KPLB menyediakan platform pemasaran kepada usahawan bimbingan KPLB, selain membantu mempromosikan produk usahawan desa.

Menurutnya, RBO@KPLB juga diperkenalkan bagi memenuhi permintaan masyarakat untuk mendapatkan produk-produk usahawan desa pada bila-bila masa berbanding sebelum ini hanya dipasarkan di kawasan setempat atau secara bermusim semasa karnival atau pameran jualan produk tempatan.

“Sehingga kini lebih 300 jenis produk usahawan desa telah dipasarkan di premis RBO yang berkonsepkan pasar mini premium.

“Konsep RBO adalah untuk mempromosikan dan memasarkan produk luar bandar yang diusahakan oleh usahawan kecil serta sederhana (IKS) di kawasan bandar berdasarkan empat kluster iaitu makanan dan minuman, kesejahteraan, fesyen serta kraf.

“Produk yang terpilih juga berpotensi tinggi dan berkualiti untuk pasa-ran eksport,” katanya selepas melancarkan Premis Program RBO di Anggerik Mall, Shah Alam pada Khamis.

RBO@KPLB dapat membantu usahawan memajukan perusahaan, selain meningkatkan hasil jualan mereka.
RBO@KPLB dapat membantu usahawan memajukan perusahaan, selain meningkatkan hasil jualan mereka.

Beliau berkata, RBO@KPLB juga membantu usahawan memajukan perusahaan, selain meningkatkan hasil jualan mereka.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, outlet RBO di Anggerik Mall, Shah Alam dipersetujui sebagai lokasi projek rintis yang pertama dan mula beroperasi pada 2 November 2020.

“KPLB juga mahu menambah lebih banyak outlet di lokasi yang menjadi tumpuan ramai dan untuk itu kita memerlukan operator yang mahir dalam peruncitan bagi memasarkan produk luar bandar berkenaan.

“Sekiranya program ini mendapat sambutan, ia akan menjadi seperti 7Eleven atau 99 Speedmart tetapi ia khusus untuk produk luar bandar,” katanya.

Abd Latiff berkata, peruncit atau operator untuk outlet RBO perlu membayar sewa premis dan menguruskan pemasaran produk di outlet, manakala pihaknya akan membantu untuk menyediakan kos ubah suai outlet.

“Bagi tahun 2021, kementerian merancang untuk membina sebuah lagi premis RBO di Johor Bahru dan lokasinya sedang dikenal pasti.

“Pada masa hadapan, kita juga merancang agar RBO ini dapat diwujudkan di setiap negeri di lokasi strategik bagi memberi peluang kepada usahawan luar bandar mempromosikan dan mengkomersialkan produk luar bandar sepanjang tahun.

“Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan ekonomi setempat selaras dengan peningkatan produktiviti,” katanya.

Abd Latiff menandatangi plak pada Majlis Walkabaout dan Pelancaran Premis Program RBO@KPLB di Anggerik Mall, Shah Alam pada Khamis.
Abd Latiff menandatangi plak pada Majlis Walkabaout dan Pelancaran Premis Program RBO@KPLB di Anggerik Mall, Shah Alam pada Khamis.

Sehingga kini, kementerian telah mengenal pasti seramai 131 usahawan berpotensi bagi memasarkan produk di RBO dan mereka dipilih melalui empat sesi product pitching yang dijalankan dari Julai hingga September tahun lalu.

“Kumpulan sasar program ini terdiri daripada usahawan desa yang mendapat bimbingan KPLB dan memenuhi syarat kelayakan, antaranya mereka mempunyai alamat syarikat di kawasan Parlimen luar bandar yang bernaung di bawah KPLB atau agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, syarikat mereka juga mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi sekurang-kurangnya setahun dari tarikh permohonan dan produk dipasarkan mesti buatan Malaysia.

“Keutamaan diberikan kepada produk yang sudah mempunyai sijil Halal, Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manucfacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP),” katanya.

Ditanya mengenai kriteria pemili-han produk yang dipasarkan di premis RBO, beliau berkata, tiada syarat ketat dikenakan, namun pihaknya membuat saringan bagi memastikan barangan yang diketengahkan berkualiti.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan membuka tawaran kepada pihak yang berminat menjadi peruncit premis RBO.