KWC himpun pelbagai pilihan fesyen sempena Hari Raya

Program KWC Raya Fashion Show 2026 di Kenanga Wholesale Centre pada Rabu. Foto Asril Aswandi Shukor
Program KWC Raya Fashion Show 2026 di Kenanga Wholesale Centre pada Rabu. Foto Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SALAH satu hab borong fesyen terkemuka di ibu kota, KWC Fashion Wholesale (KWC) terus menghimpunkan pelbagai jenis fesyen raya menjadikan persiapan perayaan lebih mudah, menyeronokkan dan lengkap untuk peruncit serta pembeli.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC, Wendy Lam berkata, daripada gaya elegan tradisional kepada interpretasi moden yang segar, KWC menawarkan pilihan busana yang menepati cita rasa pelbagai lapisan masyarakat, termasuk baju kurung, kebaya moden, pakaian lelaki, kanak- kanak serta aksesori pelengkap gaya.

Menurutnya, sama ada membuat persiapan awal atau membeli pada saat akhir pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah di 800 lot kedai yang selesa dan lengkap untuk semua gaya, saiz dan bajet.

"Ramadan dan Hari Raya merupakan waktu penuh makna di Malaysia. Selaras dengan semangat ini, KWC bukan sekadar destinasi membeli- belah malah mewujudkan suasana festif agar persiapan raya lebih menyeronokan.

"Oleh itu, bermula 27 Februari hingga 2 Mac 2026, KWC Raya Fest akan memanjangkan waktu operasi sehingga 10 malam.

"Ia memberi lebih masa kepada pengunjung untuk membeli- belah, menjamu selera dan menikmati pelbagai aktiviti perayaan antaranya 'Bring Your Tiffin', 'potluck Iftar bersama LOCCO' dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke program KWC Raya Fashion Show 2026 di KWC Fashion Wholesale, di sini hari ini.

Wendy Lam
Wendy Lam

Artikel Berkaitan:

Beliau memberitahu, sorotan utama pertunjukan fesyen ini adalah menampilkan 20 set busana pilihan, hasil gabungan 16 jenama di KWC yang menghimpunkan rekaan terbaik mereka dalam satu koleksi eksklusif.

"Di KWC, kami beraspirasi untuk terus berkembang sebagai hab muslimah yang diiktiraf, sambil meraikan kekayaan gaya Malaysia.

"Kami berbangga menyokong jenama tempatan dengan menyediakan platform untuk menampilkan keindahan busana tradisional Melayu," ulasnya.

Beliau berkata, selain itu bagi menambah kemeriahan musim perayaan, pengunjung boleh menikmati ganjaran KWC Beli dan Tebus bermula 19 Februari 2026.

Jelasnya, menerusi pembelian minimum pengunjung berpeluang menebus hadiah eksklusif seperti sampul raya edisi loleksi, bekas kaca serta Kaserol Kaca dua liter yang sesuai digunakan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan hidangan raya.

"Orang ramai dijemput hadir dan bersama- sama menyemarakkan sambutan Hari Raya di KWC Fashion Wholesale," katanya.

Ringkasan AI

  • KWC Fashion Wholesale menjadi hab borong fesyen utama untuk persiapan raya di Kuala Lumpur
  • Menawarkan pilihan busana yang luas mulai dari baju kurung hingga aksesori
  • Pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah di 800 lot kedai yang menawarkan pelbagai gaya dan bajet
  • KWC Raya Fest akan memanjangkan waktu operasi hingga 10 malam dari 27 Februari hingga 2 Mac 2026
  • Menyediakan ganjaran KWC Beli dan Tebus untuk pengunjung yang membuat pembelian minimum mulai 19 Februari 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!