Jangan terlalu berpolitik sampai abaikan kepentingan rakyat

Musa
Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak keterlaluan dalam politik sehingga mengabaikan kepentingan rakyat ketika pandemik Covid-19.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam menangani Covid-19.

Tambahnya, kini adalah masa untuk pemimpin politik dan masyarakat mengambil tanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

“Jangan lakukan sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan. Jangan hanya pandai komen.

ARTIKEL BERKAITAN: 'PM rancang PRU15 selepas vaksin diedar'

'Tak sesuai banding pilihan raya negara lain untuk buat PRU15'

PRU15 akan cetus gelombang keempat Covid-19

PRU15 biarlah tunggu Covid-19 selesai: Abdul Hadi

Artikel Berkaitan:

“Elok perketatkan pergerakan agar elak menjadi lebih parah dan kawal penularan Covid-19”, katanya menerusi satu ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Pada 7 Januari, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,027 kes positif.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan langkah terbaharu kerajaan dalam menangani Covid-19 di Malaysia pada Isnin ini.