Terengganu rekod 404 kes denggi sepanjang 2020

Terengganu merekodkan 404 kes denggi sepanjang tahun lalu.
Terengganu merekodkan 404 kes denggi sepanjang tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan penurunan jumlah kumulatif kes denggi pada tahun 2020 iaitu sebanyak 404 kes sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 25.5 peratus iaitu 138 kes berbanding 542 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

Beliau berkata, Kuala Terengganu merekodkan kes tertinggi denggi di negeri ini sepanjang tahun 2020 iaitu sebanyak 209 kes.

Menurutnya, Kuala Nerus pula merekodkan sebanyak 72 kes, selain Kemaman (35), Dungun (26), Besut (25), Marang (19), Hulu Terengganu (13) dan Setiu (5).

"Semua daerah menunjukkan penurunan kes kecuali Kuala Nerus yang menunjukkan peningkatan kes sebanyak 26.3 peratus iaitu 15 kes berbanding tahun 2019.

"Bagaimanapun, tiada kes kematian denggi dilaporkan di Terengganu sepanjang tahun 2020," katanya di sini pada Isnin.

Dr Nor Azimi Yunus
Dr Nor Azimi Yunus

Beliau berkata, sepanjang tahun 2020, sebanyak 25 episod wabak berlaku di Terengganu iaitu 18 episod di Kuala Terengganu, Kuala Nerus (3), Hulu Terengganu (2) dan masing-masing satu episod di Dungun dan Kemaman.

Artikel Berkaitan:

Berkenaan situasi banjir yang berlaku di Terengganu, beliau berkata, setiap anggota masyarakat perlu bertanggungjawab memastikan kawasan perumahan selepas banjir termasuk di dalam rumah tidak menjadi habitat aedes.

Menurutnya, bencana banjir berisiko untuk meningkatkan tempat pembiakan aedes seperti bekas-bekas berisi air, lopak air dan longkang bertakung.

"Memandangkan kita sekarang sedang mengalami musim monsun, terdapat beberapa lokaliti di Terengganu yang dilanda banjir.

"Pastikan setiap kawasan ini bersih bagi mengelak ia menjadi tempat pembiakan aedes," katanya.