Lagi NGO lapor polis dakwaan parti politik subahat kartel daging

Zulhafiz (dua dari kanan) bersama ahli Gerak Ekonomi Anak Melayu Keramat membuat laporan polis berhubung isu kartel daging sejuk beku import haram di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Zulhafiz (dua dari kanan) bersama ahli Gerak Ekonomi Anak Melayu Keramat membuat laporan polis berhubung isu kartel daging sejuk beku import haram di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan penglibatan pemimpin dan parti politik yang dipercayai bersubahat dalam kartel import daging sejuk beku bagi menguasai pasaran daging tempatan terus menjadi tumpuan umat Islam prihatin.

Terbaharu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, Gerak Ekonomi Anak Melayu Keramat mengikut jejak langkah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk membuat laporan polis bagi menggesa penglibatan pemimpin dan parti politik berkenaan disiasat dengan lebih terperinci.

Ketua Penerangannya, Zulhafiz Abu Hanafiah berkata, sebagaimana dakwaan JMM, penglibatan pihak tersebut secara tidak langsung menghalang tertubuhnya Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebelum ini yang sepatutnya berperanan memenuhi bekalan daging lembu di pasaran tempatan.

Menurutnya, pihaknya percaya penglibatan beberapa pemimpin politik dengan pihak kartel itu berdasarkan perakuan dalam bentuk lisan daripada bekas pemimpin parti berkaitan yang mendakwa secara jelas dan terang mengenai kepercayaan wujudnya hubungan terbabit.

Tambah Zulhafiz, ia bertujuan memburuk-burukkan NFC dan seterusnya mengaut keuntungan politik atas tindakan yang bersifat serampang dua mata itu.

"Kami bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu menyelesaikan kemelut industri makanan negara.

"Ia sebagai satu tanggungjawab dan prihatin untuk menyelesaikan rasa kecewa dan kegelisahan umat Islam di negara ini semenjak tercetusnya berita kes kartel import daging sejuk beku yang berlaku di Senai, Johor baru-baru ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Terdahulu, NGO tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

JMM kelmarin membuat laporan polis supaya pihak berkuasa itu menyiasat penglibatan parti politik dan sekutunya yang didakwa bersekongkol dengan pihak kartel daging sejuk beku untuk terus menguasai pasaran negara ini.

JMM turut mendakwa pembabitan ahli politik berkenaan dipercayai turut bekerjasama dengan pihak kartel itu dengan cara menghalang tertubuhnya syarikat Melayu bumiputera di bawah kerajaan seperti NFC.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kartel daging: JMM gesa polis siasat ahli politik