X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Giliran Johor pula rekod kes tertinggi

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Buat julung kalinya Johor melaporkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi iaitu 607 kes daripada 1,870 kes dilaporkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif di negara ini ialah 110,485 kes dengan 22,562 sedang menerima rawatan.

Beliau berkata, peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh saringan kontak rapat dan kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes

"Selangor merekodkan 472 kes manakala Sabah 280 kes," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Kuala Lumpur merekodkan 219 kes, diikuti Pulau Pinang (69), Kelantan (56), Pahang (48), Negeri Sembilan (34) dan Kedah (23).

Melaka pula katanya, dilaporkan sebanyak lapan kes dan masing-masing dua kes di Labuan serta Terengganu.

"Satu kes dilaporkan di Sarawak dan Putrajaya," katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 131 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Seramai 62 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, bilangan kes dilapor pulih ialah 745.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 87,460 kes iaitu 79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!