Majikan digesa pastikan pekerja asing jalani ujian Covid-19

 Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM) menggesa pihak majikan untuk memainkan peranan penting bagi menjalankan ujian pemeriksaan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing bagi mengurangkan kes pandemik itu di Selangor.
Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM) menggesa pihak majikan untuk memainkan peranan penting bagi menjalankan ujian pemeriksaan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing bagi mengurangkan kes pandemik itu di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM) menggesa pihak majikan untuk memainkan peranan penting bagi menjalankan ujian pemeriksaan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing bagi mengurangkan kes pandemik itu di Selangor.

Presidennya, M Varatharajoo berkata, menerusi kajian yang dilakukan oleh pihaknya, hanya pihak industri mempunyai bilangan pekerja yang tinggi melakukan ujian saringan tersebut.

“Persatuan ingin menekankan bahawa majikan kecil-kecilan termasuk kedai runcit, restoran, kedai makanan harus menjalankan ujian ini.

“Ini kerana pengesanan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif masih giat dijalankan dan agak memberi cabaran dalam mengawal penularan wabak ini di negeri Selangor,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majikan yang gagal mengarahkan pekerja asing untuk disaring akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti jika sabit kesalahan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, sehingga Isnin, seramai 70,159 pekerja warga asing sudah melakukan ujian melibatkan sejumlah 2,405 majikan.

Sehubungan itu, Varatharajoo menyarankan agar prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan ketika ini diperketatkan selain majikan perlu mengawasi gerak geri pekerja mereka yang dijangkiti atau dikuarantin.

“Keprihatinan majikan terhadap pekerja mereka adalah antara faktor penting dalam mengawal pergerakan pekerja tempat bekerja.

Artikel Berkaitan:

“Kebanyakan pekerja telah menziarahi kawan antara satu sama lain semasa kuarantin serta tempat tinggal yang mempunyai bilangan penduduk yang agak tinggi di sesebuah rumah juga antara faktor yang menyebabkan peningkatan Covid-19 tidak dapat dikawal di Selangor,” katanya.