Banjir tak jejas sesi persekolahan baharu di Johor

Mazlan (tengah) merakam kenangan bersama peserta selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru pada Selasa.
Mazlan (tengah) merakam kenangan bersama peserta selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersiap sedia sekiranya terdapat sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) ketika sesi persekolahan dibuka tahun depan.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang percaya, bencana seperti banjir terutama musim hujan tidak akan menjejaskan pembukaan sekolah di negeri ini.

"Setiap tahun kerajaan negeri bersama agensi berkaitan ada persediaan untuk menghadapinya. Di samping sentiasa berjaga-jaga, kita ada perancangan yang teliti untuk tanganinya.

"Hanya sebahagian sekolah yang digunakan apabila berlaku banjir. Kebiasaannya banjir di Johor tidaklah sehingga mengambil tempoh yang panjang, bergantung kepada tempat.

"Memang pernah ada banjir besar yang misalannya berlaku 10 tahun sekali, kita akui itu. Namun kebiasaannya kitaran itu akan mengambil masa sekitar satu hingga dua minggu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Kompleks Yayasan Warisan Johor di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Mazlan berkata, Johor bersedia bagi pembukaan sesi persekolahan baharu selain pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan mengenainya dipatuhi.

Menurutnya, sesi baharu persekolahan itu akan membabitkan 1,189 sekolah, 576,854 pelajar dan 48,796 guru di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Sekolah ini seperti sedia maklum, kerajaan negeri juga bimbang Covid-19 yang melanda ada naik turunnya. Selain mengharapkan rakyat dapat terus mengamalkan SOP, di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor, kita tidak ada masalah.

"Sesi pembelajaran juga dijalankan secara dalam talian, pada ketika ini, guru berada di stesen masing-masing dalam lingkungan kawasan sekolah," katanya.

Katanya, apabila sekolah dibuka guru-guru sudah bersedia melakukan persiapan untuk menjalankan pembelajaran secara bersemuka.

"Sekolah akan dibuka secara berperingkat-peringkat, namun waktu sesi persekolahan masih tetap sama," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!