Cemas anak terperangkap dalam kereta

Polis mendapatkan maklumat kejadian daripada mangsa. Foto Ihsan JBPM
Polis mendapatkan maklumat kejadian daripada mangsa. Foto Ihsan JBPM
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang wanita cemas apabila anak lelakinya berusia dua dan empat tahun terperangkap dalam sebuah kereta di simpang Kampung Arab di sini hari ini.

Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian jam 3.55 petang itu, wanita berkenaan dipercayai meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta ketika singgah ke kedai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Zainuddin Ahmad berkata, bomba menerima maklumat kejadian, bergegas ke lokasi dan sebaik sampai didapati kanak-kanak berkenaan sedang tidur di dalam kereta Perodua Alza.

"Bomba berusaha mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggegarkan kereta dinaikinya, tapi tidak berjaya menyebabkan kita terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta.

"Dalam tempoh lima minit pintu kereta dibuka dan kedua-dua beradik itu berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan: