Arab Saudi sambut 1 Syawal hari ini

Umat Islam di Arab Saudi menyambut 1 Syawal pada hari ini (Jumaat).
Umat Islam di Arab Saudi menyambut 1 Syawal pada hari ini (Jumaat).
A
A
A

RIYADH - Umat Islam di Arab Saudi menyambut 1 Syawal pada hari ini (Jumaat).

Saudi Press Agency melalui kenyataan di Twitter mengumumkan bahawa umat Islam di negara berkenaan akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, 21 April 2023.

Selain Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Jordan, Libya, Palestin dan Sudan juga mengumumkan 1 Syawal bermula hari ini.

Sementara itu, umat Islam di Pakistan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pusat di Islamabad.

Pada satu sidang media, pengerusi panel melihat anak bulan, Maulana Abdul Khabir Azad berkata, jawatankuasa itu sebulat suara memutuskan Hari Raya Puasa ditetapkan pada Sabtu.- Agensi