X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Klopp mahu fokus aksi berdepan Crystal Palace

Diogo Jota antara pemain yang tidak dapat diturunkan. (Gambar kecil: Jurgen Klopp)
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp yang dinobatkan selaku Jurulatih Bola Sepak Lelaki Terbaik FIFA pada Khamis, mengakui mahu memberikan fokus pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Crystal Palace di Sellhurst Park, Sabtu ini.

Menurut Klopp, aksi berdepan The Eagles itu dilihat penting bagi mengukuhkan kedudukan skuad The Reds itu selaku terus gah selaku pendahulu EPL musim ini.

“Kami tidak merancang untuk mendominasi dunia bola sepak pada masa hadapan sebaliknya hanya untuk perlawanan EPL seterusnya.

“Buat masa ini, kami hanya merancang untuk perlawanan berdepan Crystal Palace yang bakal berlangsung dalam tempoh sekitar 24 jam dari sekarang,” katanya hari ini.

Pada perlawanan berkenaan, Liverpool bakal beraksi tanpa ramai tonggak utama pasukan seperti Diogo Jota, Kostas Tsimikas, James Milner, Xherdan Shaqiri, Virgil Van Dijk serta Joe Gomez.

Bagaimanapun, Klopp tetap yakin pemain yang diturunkan kelak mampu menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya pada perlawanan berkenaan.

Sementara itu, Klopp mengakui agak terkejut apabila diumumkan memenangi anugerah selaku Jurulatih Bola Sepak Lelaki Terbaik FIFA buat kali kedua berturut-turut pada Khamis.

Katanya, kemenangan berkenaan langsung tidak dijangkanya kerana telah pun dianugerahkan kemenangan berkenaan pada tahun 2019 lalu.

“Saya terkejut dengan kemenangan ini kerana saya telah memenanginya tahun lalu.

"Lagipun, saya berada di sini (England) bersama kesebelasan pemain. Terima kasih,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!