Penurunan penarafan tidak beri kesan mengejut

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penurunan penarafan ke atas Malaysia daripada 'A-' kepada 'BBB+', oleh Fitch Ratings baru-baru ini tidak mencetuskan kesan mengejut kepada pasaran modal negara.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukkan mata wang ringgit kekal stabil.

"Kita juga merekodkan permintaan yang tinggi iaitu 2.6 kali melebihi nilai tawaran untuk bon kerajaan yang diterbitkan minggu lalu.

"Dalam kata mudahnya keyakinan pelabur terhadap modal negara untuk jangka panjang masih kukuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitch Ratings: Tengku Zafrul persoal pendirian PH

Kesan penurunan penarafan Malaysia

Penarafan Malaysia turun kerana pemimpin PH sabotaj politik negara

"Ini secara amnya menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan ekonomi Malaysia melonjak kembali," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung usaha Kementerian Kewangan bagi menangani keputusan mengejut Fitch Ratings menyemak turun penarafan kredit Malaysia.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, perubahan penarafan yang dialami ketika ini tidak akan membantutkan usaha Malaysia menuju ke arah pemulihan ekonomi untuk tahun 2021.

"Untuk maklumat yang berhormat sekalian, kebanyakan penarafan kredit antarabangsa mengenakan lebih 220 tindakan penarafan negatif sejak awal Mac lalu termasuk tindakan penurunan penarafan kepada lebih 100 buah negara seperti United Kingdom, Korea, Hong Kong.

"Walaupun semakan semula penarafan Malaysia tidak menentang arus penarafan global, namun kerajaan telah menyuarakan pendirian rasmi bahawa keputusan tersebut tidak cukup untuk mempertimbangkan keberhasilan pakej pelaksanaan yang mula menunjukkan tanda pemulihan ekonomi," katanya