Selangor catat 823 kes baharu Covid-19

Selangor mencatatkan sebanyak 823 kes baharu Covid-19 pada hari ini.
Selangor mencatatkan sebanyak 823 kes baharu Covid-19 pada hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan sebanyak 823 kes baharu Covid-19 pada hari ini.

Angka itu menunjukkan penurunan kes berbanding 1,428 kes semalam.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan berkata, jumlah kes pada hari ini berpunca daripada kluster sedia ada dan saringan Covid-19 yang dijalankan.

"Punca kes baharu pada hari ini melibatkan sebanyak 664 kluster sedia ada, 50 saringan kontak rapat dan 109 lain-lain saringan Covid-19.

"Jumlah kes baharu sebanyak 823 kes ini menjadikan Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 29,612 kes setakat ini yang mana kesemuanya melibatkan jangkitan tempatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysia terus mencatat empat digit kes harian baharu Covid-19 apabila 1,937 kes direkodkan hari ini dengan sembilan lagi kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara kini mencecah 82,246 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 13,75 manakala jumlah maut akibat pandemik itu setakat ini ialah 411 orang.

Artikel Berkaitan: