Cubaan curi balak gagal

Lori yang dinaiki dua lelaki membawa muatan kayu balak secara haram dirampas untuk siasatan lanjut. Foto: Ihsan Jabatan Perhutanan Perak.
Lori yang dinaiki dua lelaki membawa muatan kayu balak secara haram dirampas untuk siasatan lanjut. Foto: Ihsan Jabatan Perhutanan Perak.
A
A
A

PENGKALAN HULU - Jabatan Perhutanan Perak semalam membuat laporan polis terhadap dua lelaki yang disyaki mencuri balak dianggarkan bernilai RM10,000.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, jabatan itu menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan berkaitan aktiviti pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran selepas polis menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki dalam sekatan jalan raya.

Menurutnya, siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu membawa muatan enam tual balak pelbagai spesies hutan secara haram.

“Kesemua muatan serta lori telah disita untuk tindakan lanjut dan kita membuat di Balai Polis Pengkalan Hulu. Suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesalahan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 68 (1) dan Seksyen 84 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

“Jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami mengalu-alukan sebarang maklumat awam berhubung kegiatan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran dan juga aktiviti penerokaan Hutan Simpan Kekal,” katanya.

Artikel Berkaitan: