Kakitangan MAIS positif Covid-19

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Sektor Hartanah, Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) disahkan positif Covid-19 semalam.

MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, segala urusan berkaitan perkhidmatan sektor hartanah di Tingkat 10 Menara Selatan BSIS ditutup sementara bagi proses disinfeksi mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"MAIS bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan semua tindakan mencegah Covid-19 dilaksanakan dengan kadar segera.

"Proses disinfeksi akan dilaksanakan secara menyeluruh di Tingkat 10, Menara Selatan, BSIS dan kawasan kerja sekitar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian 019 264 0632 (Arzlan Mokhtar)/019 230 2040 (Zare Dalugamin) bagi sebarang info berkaitan perkhidmatan sewaan hartanah atau layari laman sesawang https://www.mais.gov.my/sewaan/.

"Perkhidmatan MAIS di Tingkat 9 dan 10, Menara Utara dan Tingkat 6 Menara Selatan, BSIS akan beroperasi seperti biasa mengikut janji temu yang ditetapkan.

"Orang ramai amat digalakkan menggunakan perkhidmatan MAIS melalui atas talian di www.mais.gov.my," katanya.

Katanya, keselamatan warga kerja dan pelanggan adalah keutamaan MAIS.

Artikel Berkaitan:

"Sehubungan itu, pelanggan yang berurusan di MAIS dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh KKM dan MAIS termasuk di daerah.

"Sama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya.