Tiga lagi premis haram dirobohkan

Operasi perobohan sebahagian struktur premis bengkel jentera berat di Kuala Garing semalam.
Operasi perobohan sebahagian struktur premis bengkel jentera berat di Kuala Garing semalam.
A
A
A

RAWANG - Walaupun beberapa kali diberi notis arahan supaya mengosongkan kawasan, namun tiga premis haram yang dibina di atas tanah kerajaan berhampiran Sungai Rawang di sini tetap degil dan meneruskan operasi perniagaan.

Disebabkan kedegilan itu, ketiga-tiga premis haram iaitu bengkel jentera berat, kandang lembu dan stor barang lusuh di Kuala Garing dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Yang di-Pertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, sehingga kini enam daripada lapan premis haram yang dikenal pasti beroperasi atas rizab kerajaan telah diambil tindakan.

Shamsul Shahril Badliza
Shamsul Shahril Badliza

"Ada pihak mempertikaikan dengan mengatakan ia tanah milik persendirian. Kalau diikutkan tanah ini mempunyai pemilik, tetapi tempoh pajakannya telah tamat, maka tanah ini telah jadi hak milik kerajaan.

"Susulan itu, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak telah mengeluarkan beberapa kali notis pengosongan termasuk yang terakhir minggu lepas supaya mereka mengosongkan kawasan, tapi mereka ingkar sebelum tindakan perobohan diteruskan mengikut Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara," katanya ketika ditemui di lokasi operasi perobohan di Kuala Garing di sini hari ini.

Tiga premis haram yang beroperasi di Sungai Rawang dirobohkan MPS semalam.
Tiga premis haram yang beroperasi di Sungai Rawang dirobohkan MPS semalam.

Operasi perobohan itu diketuai PDT Gombak serta dibantu oleh MPS bersama agensi-agensi lain termasuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Shamsul Shahril Badliza berkata, hanya sebahagian struktur bengkel jentera berat dirobohkan dalam operasi semalam berikutan pemilik premis tersebut memohon lanjutan tempoh pengosongan.

"Mereka diberi masa satu atau dua hari bagi membolehkan mereka mengalihkan peralatan mereka.

Salah seorang pekerja di kandang lembu melihat proses pengalihan kandang lembu di Kuala Garing hari ini.
Salah seorang pekerja di kandang lembu melihat proses pengalihan kandang lembu di Kuala Garing hari ini.

"Kita menggalakkan kepada pemilik ini mengosongkan sendiri tapak ini bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada jentera mereka manakala penguat kuasa akan meneruskan pemantauan di lokasi yang telah diambil tindakan bagi memastikan tiada aktiviti pencerobohan berlaku," katanya.

Ketika operasi dilakukan berlaku sedikit provokasi selepas pemilik kandang lembu enggan memindahkan ternakan mereka, namun terpaksa akur dengan tindakan penguatkuasaan tersebut.