Covid-19: Dua kluster baharu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster iaitu Kluster Malawati, Selangor dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Malawati yang melibatkan Kuala Selangor mula dikesan selepas kes indeks iaitu kes ke-65188 dilaporkan positif pada 30 November lalu.

"Sehingga hari ini (semalam), seramai 143 individu telah disaring dan didapati 14 daripadanya positif Covid-19," katanya.

Menurutnya, Kluster Tapak Bina Awan Lembah dikesan melibatkan Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Klang Selangor.

"Dua kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-69722 dan kes ke 71992 telah dilaporkan positif sejak 4 Disember lalu hasil saringan individu bergejala dan saringan kendiri.

"Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa," katanya.

Beliau berkata, seramai 441 individu telah disaring dalam kluster tersebut.

"Daripada jumlah itu, 35 disahkan positif Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham memberitahu, terdapat dua kluster diisytiharkan tamat semalam.

"Kluster Kertang di Kota Belut merupakan kluster ke 202 yang disahkan tamat.

"Ia merekodkan 42 kes positif termasuk seorang warga asing dan tiada kematian dilaporkan," katanya.

Sementara itu, Kluster Sembulan di Kota Kinabalu yang mencatatkan 13 kes positif Covid-19 turut diisytiharkan tamat.

"Ia merupakan kluster ke-203 yang tamat," katanya.