Penerokaan haram: Perak tangani cara perikemanusiaan


Ahmad Faizal (dua, kanan) ketika melihat landskap rumah yang dibina dibawah projek Pembangunan Bersepadu Lestari IUS@Seri Iskandar, hari ini.
Ahmad Faizal (dua, kanan) ketika melihat landskap rumah yang dibina dibawah projek Pembangunan Bersepadu Lestari IUS@Seri Iskandar, hari ini.
A
A
A

SERI ISKANDAR - Kerajaan Perak memberi jaminan isu penerokaan tanah haram di negeri ini akan diselesaikan secara perikemanusiaan tanpa memberi tekanan kepada mana-mana pihak termasuk peneroka sendiri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penyelesaian secara berkesan itu penting bagi membolehkan pembangunan termasuk pembinaan rumah untuk rakyat dapat dilaksanakan secara terancang.

“Kita nak bina rumah, nak bina kehidupan dan mahu pelabur-pelabur datang, tetapi kita mempunyai masalah apabila begitu ramai peneroka haram duduk atas tanah milik kerajaan, milik perbadanan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Maka ini tentunya membantutkan usaha bangunkan negeri secara terancang, kerana itu ia harus diperangi dengan berkesan untuk kita beri nikmat kepada seluruh rakyat, jangan kerana 800 peneroka haram, kita menafikan hak dua juta rakyat lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Pembangunan Bersepadu Lestari Iskandar University Square (IUS)@Seri Iskandar, hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan membela petani-petani yang bergantung hidup kepada hasil tani yang diusahakan atas tanah milik kerajaan, namun bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki tanah hingga ribuan ekar.

“Tetapi kita bukan kerajaan yang kejam, kita pastikan ia ditangani dengan cara baik supaya tiada yang tertekan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan sebarang tindakan diambil kerajaan dalam menangani isu itu adalah berdasarkan dokumen yang ada selain siasatan lanjut dijalankan pihak-pihak berkenaan.

“Jadi walaupun tanah itu milik perbadanan, kita akan pastikan tindakan dibuat dengan perikemanusiaan, ini saya bagi komitmen,” katanya.

Artikel Berkaitan: