Jakim jalin kerjasama tangani isu daging haram

 Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SEREMBAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan kerjasama dengan agensi dan kementerian terlibat dalam memantau isu kartel daging haram dan penjualan daging sejuk beku di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya peka dengan isu tersebut dan berharap semua pihak dapat bersama bagi menanganinya.

“Kita akan memantau isu ini dan akan menjalinkan kerjasama dengan agensi dan kementerian terlibat, di samping mendapatkan sokongan daripada kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan status halal itu jelas dan benar-benar diperakui dan tidak diragui lagi,” katanya di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Daging import haram dijual secara online

Prosedur kemasukan daging import ketat

Kartel tukar daging haram jadi halal

Mufti gesa hukuman berat ke atas pihak palsukan logo halal

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program menyantuni gelandangan dan mualaf sempena bulan dakwah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Rumah Gerobok Rezeki, Bandar Seremban di sini.

Artikel Berkaitan:

Daging sejuk beku seludup yang ditemui di dalam gudang di Senai, Johor Bahru.
Daging sejuk beku seludup yang ditemui di dalam gudang di Senai, Johor Bahru.

Beliau mengulas mengenai taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula dengan logo halal dan menjualnya di pasaran Malaysia.

Perkara itu dilaporkan Sinar Harian susulan serbuan bersepadu agensi penguat kuasa di sebuah gudang di Senai, Johor pada Rabu lalu.

Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan terdapat pegawai Jakim dipercayai terlibat dalam pemberian cap logo halal palsu, beliau menjelaskan bahawa beliau yakin dengan kakitangan Jakim di bawah seliaannya.

Katanya, beliau sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan di bawah seliaannya supaya bersikap jujur dalam kerja dan berintegriti semasa melaksanakan tugas.

“Saya tidak akan kata macam itu (tidak terlibat) melainkan terbukti, saya baru melawat tempat Jakim, makmalnya, halalnya, semua berada dalam keadaan terbaik,” katanya.