VANZO, Marvel jalin kerjasama sempena ulang tahun ke-100 Disney

Kerjasama haruman ini mencipta siri wangian kereta Super Heroes Marvel yang comel dan wangi

A
A
A

Tiga watak [VANZO x Marvel Car Vent Perfume] adalah Iron Man (Black Code), Captain America (Secret Musk), Thor (English Pear & Freesia).
Tiga watak [VANZO x Marvel Car Vent Perfume] adalah Iron Man (Black Code), Captain America (Secret Musk), Thor (English Pear & Freesia).

SHAH ALAM - Sempena ulang tahun ke-100 Disney, Marvel dan VANZO melancarkan siri wangian kereta baharu bertemakan ‘Super Heroes’.

Wangian baharu itu adalah Iron Man (Black Code), Captain America (Secret Musk), Thor (English Pear & Freesia) yang merupakan Super Heroes Marvel klasik sebelum ini telah berubah menjadi ‘Wangian Super Heroes’ yang comel.

Kerjasama antara VANZO dan Marvel dalam mencipta siri baharu produk pewangi kereta ini membolehkan orang ramai merasai kuasa dan semangat Super Heroes Marvel.

Pada hari pelancaran VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume semalam telah mencatatkan jualan dan sambutan yang luar biasa daripada orang ramai.

Ini kerana reka bentuk inovatif menjadikan setiap kereta berbau harum dengan tablet pewangi minyak pati semulajadi, selamat, sihat dan bebas bahan kimia berbahaya.

 Siri wangian kereta Super Heroes Marvel yang comel dan wangi pasti menjadi penyeri kereta anda.
 Siri wangian kereta Super Heroes Marvel yang comel dan wangi pasti menjadi penyeri kereta anda.

Hanya meletakkan produk pada saluran keluar penghawa dingin kereta dan aroma harum akan tersebar serta-merta apabila bilah kipas berputar. Pada masa yang sama, produk kecil dan comel ini sangat mudah digunakan, stabil dan tidak memberi kesan pada saluran penghawa dingin kereta anda.

Siri pewangi kereta edisi terhad ini merupakan projek kerjasama yang dibangunkan bersama oleh VANZO dan Marvel, baik dari segi kualiti mahupun elemen yang sangat tersendiri.

Logo MARVEL dan avatar Super Heroes yang sangat dikenali dicetak pada badan siri produk ini yang akan memberi kepuasan kepada peminat Marvel. Ia bukan sahaja membawa sentuhan unik pada kereta anda, tetapi ia juga boleh menjadikan pengalaman pemanduan anda lebih santai dan menyeronokkan.

Pengurus VANZO, Michael Tan berkata, kerjasama dengan Marvel itu adalah satu penghormatan besar dalam usaha melancarkan minyak wangi kereta edisi terhad dengan gergasi komik dan perniagaan yang terkenal di dunia.

Pengurus VANZO, Michael Tan, berkongsi kegembiraannya kerana dapat bekerjasama dengan “Super Heroes” Marvel untuk melancarkan VANZO x Marvel Car Vent Perfume baharu.
Pengurus VANZO, Michael Tan, berkongsi kegembiraannya kerana dapat bekerjasama dengan “Super Heroes” Marvel untuk melancarkan VANZO x Marvel Car Vent Perfume baharu.

“Marvel adalah salah satu daripada hak milik intelektual teratas dunia dan mempunyai pengaruh dan daya tarikan yang meluas di seluruh dunia. Tujuan VANZO adalah untuk menghasilkan produk yang baik untuk orang ramai, VANZO sentiasa mengamalkan konsep produk berkualiti tinggi dengan harga yang rendah.

“Peminat Marvel di Malaysia boleh memperoleh produk-produk aksesori yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan dan ini adalah sebab mengapa VANZO menjalinkan kerjasama dengan Marvel,”katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan produk kreatif baharu yang comel dan wangi ini pada harga RM39.90 setiap satu di kedai berhampiran antaranya Parkson, kedai serbaneka MiX Store, Watsons, kedai aksesori telefon bimbit, stesen minyak Shell dan kedai serbaneka lain.

Selain itu, ia juga boleh dibeli melalui kiosk jualan VANZO di Mid Valley dan 1 Utama Shopping Centre, atau laman web rasmi www.vanzoasia.com untuk sebarang maklumat lanjut.