Masjid Wilayah Persekutan ganti karpet baharu selepas 20 tahun

Gimik penyerahan karpet disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hasan Arifin (tiga dari kiri) kepada Mohd Ajib (tiga dari kanan) di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Gimik penyerahan karpet disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hasan Arifin (tiga dari kiri) kepada Mohd Ajib (tiga dari kanan) di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masjid Wilayah Persekutuan semakin berseri selepas karpet ruang solat utama yang digunakan sejak 20 tahun lalu akhirnya diganti baharu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, ia hasil sumbangan 10 tokoh korporat yang bernaung di bawah Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM660,000 termasuk sumbangan sejadah.

Menurutnya, cadangan penggantian karpet tersebut tiada kaitan dengan Covid-19 sebaliknya telah lama dibincangkan namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan kewangan.

"Perkara itu kemudian telah dibawa kepada Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan dan akhirnya hasrat itu direalisasikan ke arah menceriakan lagi suasana masjid ini.

"Bukan sebab Covid-19 kita ganti, cuma kebetulan usaha ini dijayakan kEtika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Alhamdulillah ia dapat dijayakan," katanya ketika majlis ringkas penyerahan sumbangan karpet baharu yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hasan Arifin di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, karpet lama yang masih dalam keadaan elok berkemungkinan disumbangkan kepada masjid-masjid yang memerlukan.

"Pihak JAWI akan mendapatkan pandangan daripada pihak pengurusan atau bahagian kewangan mengenai kaedah pelupusan.

" Pelupusan itu bukan bererti kita buang tetapi boleh disumbangkan kepada masjid-masjid lain. Kita lihat masjid ini luas, karpet masih dalam keadaan elok cuma kita tukar supaya ia nampak lebih berseri," katanya.

Artikel Berkaitan: