Dua anggota polis, lima ahli keluarga positif Covid-19

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini dan lima ahli keluarga mereka disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, susulan itu seramai 70 individu dikuarantin bermula 29 November lalu.

"Kesemua mereka dikuarantin sehingga mendapat keputusan swab test," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain IPD tersebut, seramai 111 individu yang melibatkan 36 pegawai, 71 anggota, seorang kakitangan awam di IPD Iskandar Puteri dan tiga ahli keluarga mereka diarahkan menjalani kuarantin.

Mereka diarahkan kuarantin sejak 30 November lalu selepas seorang daripada mereka di IPD Iskandar Puteri berinteraksi dengan seorang individu yang positif Covid-19 baru-baru ini.

Arahan tersebut juga selepas seorang anggota polis berpangkat Inspektor di IPD Iskandar Puteri disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang pegawai polis positif Covid-19, 111 dikuarantin

Dua polis positif Covid-19 punca daripada pengasuh anak

Artikel Berkaitan: