X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang pegawai polis positif Covid-19, 111 dikuarantin

Ayob Khan menyerahkan modul Mekar kepada Ahmad Fauzi selepas pelancaran Modul Kesedaran Jenayah, Dadah dan Sosial (Mekar) di Horizon Hills Golf and Country Club, Iskandar Puteri hari ini.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang anggota polis berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berikutan itu seramai 111 individu yang melibatkan 36 pegawai, 71 anggota, seorang kakitangan awam dan tiga ahli keluarga diarahkan menjalani kuarantin.

"Mereka semuanya dikuarantin di rumah sejak 30 November lalu. Setakat ini, hanya seorang pegawai di IPD berkenaan disahkan positif, manakala yang lain sedang menunggu keputusan swab test.

"Kita lakukan proses kuarantin seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya langkah pencegahan awal diambil," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Modul Kesedaran Jenayah, Dadah Dan Sosial (Mekar) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Horizon Hills di sini hari ini.

Hadir sama Ketua JPJKK Johor, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM yang juga sedang menjalankan fungsi Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari.

Ayob Khan berkata, kontak melibatkan individu positif Covid-19 itu sebenarnya berlaku di kawasan luar dan bukan dalam kawasan IPD Iskandar Puteri.

Katanya, bagi memastikan pentadbiran serta operasi IPD terbabit tidak terjejas, pihaknya sudah menghantar anggota dan pegawai dari IPK Johor untuk membantu kelancaran perkhidmatan IPD berkenaan.

"Masyarakat tidak perlu bimbang kerana kita telah mengatur gerak anggota dan pegawai ke IPD Iskandar Puteri bagi membantu menguruskan pentadbiran dan operasi di sana," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!