X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD Top Glove: Kerajaan jangan 'double standard'

Hassan (tiga dari kanan) bergambar selepas sidang media di Taman Meru Utama, hari ini.
A
A

KLANG - Kerajaan disaran agar tidak 'double standard' dan lebih telus dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan asrama pekerja Top Glove, Meru sejak 17 November lalu.

Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP), S. Hassan Kuthoos S. Ahmed Kabeer berkata, pelaksanaan PKPD di kawasan itu dilihat tidak adil apabila pengumuman mengenai penguatkuasan itu dibuat lewat walaupun jumlah kes dicatatkan sebelum ini agak membimbangkan.

S. Hassan
S. Hassan

Katanya, pihaknya berasa pelik dengan tindakan lambat oleh kerajaan malah operasi kilang berkenaan masih berjalan walaupun beberapa kakitangannya dilaporkan positif sebelum ini.

"Jika di kilang atau kawasan lain merekodkan satu dua kes, kerajaan dah ambil tindakan segera laksanakan PKPD dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD di asrama pekerja Top Glove

Top Glove diarah saring, kuarantin 2,263 pekerja di luar PKPD

Tiada pekerja ‘lari’ panjat pagar

"Tapi mengapa pelaksanaan di sini lambat dibuat walaupun dah beribu kes dilaporkan malah kilang itu masih dibenarkan beroperasi sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di asrama pekerja Top Glove bermula 17 November lalu sehingga esok melibatkan 13,190 pekerja kilang itu yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita serta hampir 1,200 penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

Dalam pada itu, S. Hassan berkata, kebanyakan penduduk di kawasan itu sememangnya khuatir dan bimbang dengan penularan wabak berkenaan, selain Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga perlu lebih adil dalam melaksanakan undang-undang itu.

"Jangan hanya pentingkan pihak kilang yang kononnya beri sumbangan kepada kerajaan sedangkan nasib penduduk diabaikan dan tidak dipedulikan.

"Kerajaan dan MKN perlu lebih telus dalam menguatkuasakan PKPD," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!