X

Kindly register in order to view this article
!

Golongan antivaksin tolak vaksin Covid-19

Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, rata-rata individu yang menggelarkan diri mereka sebagai antivaksin memberikan respons mereka.
A
A

SHAH ALAM - Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, rata-rata individu yang menggelarkan diri mereka sebagai antivaksin memberikan respons mereka.

Menerusi tinjauan di laman sosial, mereka memberikan respons bahawa pihaknya tidak memerlukan vaksin Covid-19 dan wajar memberikannya kepada kumpulan memerlukan serta mereka yang benar-benar menginginkannya.

“Terima kasih kerana memberikan secara percuma tetapi saya memilih untuk tidak menerima,” kata mereka yang menolak vaksin.

Ada antara mereka secara sinis berkata suntikan vaksin itu ibarat melakukan kajian terhadap tubuh manusia.

“Rakyat Malaysia bakal menjadi tikus makmal,” kata pengguna laman sosial Facebook.

Tidak kurang juga mereka yang mendakwa ia adalah agenda pihak tertentu demi mengaut keuntungan semata-mata.

“Mereka mempunyai agenda terselindungan dalam usaha menjadikan soal kesihatan sebagai pendapatan di saat ini.

“Apabila sudah dicucuk ke atas manusia, mereka akan naikkan angka kes dunia dan akhirnya golongan antivaksin akan dipersalahkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM

Bagaimanapun kumpulan tersebut berterima kasih kepada Muhyiddin kerana tidak mewajibkan pengambilan vaksin tersebut dan hanya diberikan kepada mereka yang bersetuju secara sukarela terutama mereka berisiko dan mudah menghadapi penyakit.

“Alhamdulillah kerana diberikan pilihan dan vaksin bukan saya untuk keluarga. Harapnya syarat pilihan ini kekal dan tidak berubah kepada wajib,” katanya.

Selain itu, terdapat individu menjelaskan bahawa Malaysia mewartakan vaksin sebagai pilihan dan bukan suatu paksaan.

“Ia termasuklah semua dan mana-mana jenis vaksin. Memilih menolak vaksin merupakan pilihan dan bagi mereka yang menerima juga adalah pilihan.

“Ia bukan suatu kesalahan di bawah mana-mana akta di negara ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!