Dua wira PGA dinaikkan pangkat sarjan

Mendiang disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Sungai Sampo hari ini.
Mendiang disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Sungai Sampo hari ini.
A
A
A

JEMPOL - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), mendiang Koperal Baharuddin Ramli dan Koperal Norihan Tari dinaikkan ke pangkat sarjan secara posthumous atau anumerta berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kenaikan pangkat itu berikutan keberanian luar biasa ditunjukkan mereka demi menjaga kedaulatan negara.

"Kenaikan pangkat ini juga memberi kelebihan kepada ahli keluarga mendiang yang ditinggalkan. Kita juga mencadangkan kepada kerajaan supaya mendiang dan Norihan diberi penghargaan tertinggi seperti pingat Pingat Gagah Berani (PGB).

"Cadangan pemberian pingat itu juga sudah dimaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin," katanya pada sidang akhbar selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Orang Asli Sungai Sampo di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Abd Rahim Jaafar; Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang berunding dengan polis Thailand supaya empat suspek yang ditangkap di selatan negara jiran itu diserahkan untuk diadili di sini.

Abdul Hamid (kanan) ketika bertemu keluarga mendiang hari ini.
Abdul Hamid (kanan) ketika bertemu keluarga mendiang hari ini.

"Selain itu, kita sedang berusaha mengesan senjata yang diguna suspek kejadian yang dipercayai dicampak di kawasan belukar berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, mendiang Koperal Baharuddin Ramli, anggota dari Batalion 3 Anggota Gerakan Am (PGA) maut dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand semalam dan selamat dikebumikan jam 12.30 tengah hari tadi.

Mendiang berusia 54 tahun meninggalkan seorang balu, tiga anak dan enam cucu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

Insiden tembak tidak melemahkan anggota keselamatan

Kes tembak di sempadan: Polis tahan dua penyeludup

Baharuddin komited dalam tugas

'Bapa pernah cakap mungkin nanti kena tembak'

18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempadan

Dua lagi ditahan insiden tembakan di sempadan: KPN