Melaka perlu pandang serius isu babi

Kamarudin ketika bertemu jemaah Surau Bukit Serkam di sini, tadi.
Kamarudin ketika bertemu jemaah Surau Bukit Serkam di sini, tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tiga isu melibatkan insiden daging babi yang berlaku di negeri ini sejak tujuh bulan kerajaan PH mentadbir perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek berkata, selepas kecoh isu pemberita dihidangkan daging babi dalam satu majlis, masyarakat dikejutkan pula dengan isu gerai yang menjual daging babi di Dewan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada bulan lalu.

Terbaharu, penemuan objek dipercayai daging babi di dua buah surau di Serkam harus ditangani secara profesional lebih-lebih insiden ini berlaku di kawasan yang mana penduduknya adalah 85 peratus kaum Melayu beragama Islam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Daging babi dilempar dalam surau]

Bagaimanapun, beliau berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara itu dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Artikel Berkaitan:


"Saya harap penduduk bertenang. Jangan menuduh mana-mana pihak dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

Sinar Harian tadi melaporkan dua surau di Serkam, Jasin digemparkan dengan penemuan objek dipercayai daging babi beserta nota.