Covid-19: 19 kes baharu dikesan di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan terus mencatatkan jumlah peningkatan kes Covid-19 apabila hari ini sebanyak 19 kes baharu dilaporkan termasuk satu kluster baharu iaitu Kluster Mengketil.

Menurut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, jumlah itu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Katanya, kes-kes tersebut melibatkan 12 kes di Kota Bharu, lima kes di Tanah merah dan dua kes di Machang.

"Untuk Machang, ia melibatkan kes 219 di Mukim Pangkal Meleret dan merupakan kontak rapat kepada kes kluster Mengketil.

"Untuk kes ke 220, 221, 222, 223 dan 224 pula di Mukim Kusial Tanah Merah adalah merupakan kontak rapat kepada Kes Kluster Mengketil termasuklah kes 225, 226, 227, 228, 229 dan 230 di Mukim Pendek, Kota Bharu juga dari kluster yang sama.

"Kes ke-231, 232 dan 233 di Mukim Kubang Kerian pula merupakan kontak rapat Kes Kluster Kube," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut, untuk kes ke 234, 235 dan 236 di Mukim Panji merupakan kontak rapat Kes Kluster Kaya dan untuk kes ke 237 Mukim Ulu Sat, Machang pula merupakan Saringan Survelan Covid-19 (SARI).

"Sebanyak empat kes sembuh dan discaj dilaporkan melibatkan kes 185, 189, 190 dan 191 dan jumlah kes yang sedang dalam rawatan ialah 50 orang termasuk dua yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) iaitu kes ke 203 dan 211.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat satu zon jingga diisytiharkan iaitu di daerah Kota Bharu melibatkan 28 kes tempatan dan tiga zon kuning iaitu Machang melibatkan 10 kes tempatan, Tanah Merah pula sembilan kes tempatan dan Jeli empat kes tempatan," katanya.

Selain itu, katanya, kes import B iaitu jangkitan luar dari Kelantan pula masih kekal empat kes iaitu daerah Pasir Mas satu kes yang merupakan Saringan Berisiko dari Selangor, daerah Pasir Puteh juga satu kes yang merupakan Kontak Kluster Cergas, Negeri Sembilan dan di Jeli dua kes yang merupakan Saringan Berisiko dari Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh kes baharu Covid-19 di Kelantan

Kes Covid-19 di Kelantan semakin tinggi